LONDON
london eye
hai saya siti shuhada binti abdul malek.ini gambar terbaru percutian kami sekeluarga dilondon.bermulalah travel cuti cuti luar malaysia.Kota Landon merupakan satu pusat besar yang berjaya menarik segala macam jalur warna juga alunan luna dari pelbagai jenis
kupasan manusia, saya jumpa lelaki pakistan, saya jumpa perempuan Myanmar saya nampak lelaki india, saya nampak perempuan Rusia, saya terlihat lelaki Arab, saya terlihat perempuan cina, saya terjeling lelaki Itali, saya juga terjeling perempuan German, pelbagai jenis agama dan budaya, pelbagai warna kulit dan bahasa bersatu di kota ini, orang-orang tempatan hanya penyeri juga pelengkap kepada setiap jenis manusia yang ada disini. Kota London, bagi saya ianya satu pusat untuk mencari rezeki, pusat penggabungan idea-idea bijak lagi bernas, juga pusat kesibukan. Kehidupan disini. Saya teruja, saya juga gembira. Harga barang makan murah, nope gila murah, 'fish and chip' adalah antara makanan tradisional mereka, kehidupan yang sihat mampu dimulakan disana, pakaian juga murah sistem transportasinya amat cekap, sistem jalanraya juga sama cekap dan teratur, orang-orang tempatannya budiman dan peramah, moral mereka tinggi, rumah-rumah mereka terbaik, sistem kehidupannya teratur. semangat nasionalisma-nya juga tinggi, muziknya, damn terbaik, seni-nya buat saya teruja, cuacanya sangat nyaman, dipendekkan cerita mahupun dipanjang jelakan kisahnya, kota London penuh dengan pelancong setiap tahun.jika ingin tahu lebih lanjut terbanglah ke kota LANDON..........